Friday, November 26, 2010

Links

Berikut merupakan beberapa link ke website yang mempunyai informasi berkenaan Technical Drawing:



    Sesiku Segitiga

    SESIKU SEGITIGA (SET SQUARE)

    Sesiku segitiga dibuat daripada bahan yang lutsinar . Lazimnya boleh didapati dalam dua sesiku . Sesiku tersebut bersudut 45 dan 30 darjah . Sesiku ini berbentuk segitiga yang digunakan untuk membentuk garisan condong , ia juga digunakan untuk membentuk garisan tegak . Alat ini dibuat dengan sudut 45 dan 30 darjah kerana mengikut sudut-sudut yang lazim didapati dalam lukisan teknik . Pada bahagian tepi sesiku segitiga lazimnya terdapat ukuran yang ditanda dengan ukuran metrik , yang mana ia boleh digunakan juga sebaga pembaris .




    Sesiku T

    SESIKU T (TEE SQUARE)

    Alat sesiku T adalah salah satu daripada peralatan lukisan yang tertua dan masih lagi digunakan walaupun terdapat penggunaan alat gantian yang baru. Sesiku T boleh didapati dengan pelbagai saiz panjang bilahnya . Di antara saiz yang boleh didapati ialah 60, 90, 120 dan 150cm. Sesiku T diperbuat daripada jenis kayu dan juga daripada plastik tebal . Ia dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bilah. Kedua-dua bahagian ini mestilah diikat dengan kuat supaya tidak boleh digerakkan dan mestilah bersudut tepat diantara satu dengan yang lain.

    Papan Lukisan


    PAPAN LUKISAN

    Papan lukisan memang tidak asing lagi untuk mereka yang membuat kerja-kerja lukisan teknik. Ia boleh didapati dalam berbagai-bagai saiz mengikut kegunaan jurupelan. Biasanya papan lukisan yang disediakan berukuran 60x80cm dan diperbuat dari papan jenis lembut atau plastik.

    Permukaan yang rata adalah penting di samping bucu sebelah kiri dan kanannya rata dan kemas. Kertas lukisan boleh diletakkan di atas permukaan papan dengan menggunakan pita atau pin klip. Dalam teknologi baru, papan lukisan di perkemaskan lagi dengan menggunakan permukaan berlapik bahan bermagnet. Jenis ini menggunakan kepingan nipis logam jenis mudah alih untuk melekatkan kertas pada permukaan papan.


    Langkah-lagkah Penjagaan Papan Lukisan .

    Perkara yang berikut adalah langkah-langkah penjagaan untuk memastikan keadaan permukaan yang rata.

    1. Sebelum dan selepas menggunakan papan, hendaklah dibersihkan dengan menggunakan kain kering supaya tiada habuk yang melekat.

    2. Elakkan dari menebuk lubang, menggasah pensil atau memotong kertas dengan menggunakan pisau di atas permukaann papan lukisan.

    3. Elakkan dari melukis atau menconteng apa-apa juga bentuk di atas permukaan papan lukisan.

    4. Pastikan bahagian bucu tepi papan lukisan dalam keadaan rata dan lurus .

    Alat Tambahan Melukis

    LENGKUNG PERANCIS DAN LENGKUNG BOLEH LARAS (FRENCH CURVE AND FLEXIBLE CURVE)

    Alat jangka lukis (compass) boleh digunakan untuk melukis lengkok, separuh bulatan dan bulatan penuh. Lengkok yang tidak bulat seperti lengkuk elips dan pilin boleh dibentuk dengan menggunakan alat lengkung Perancis (French curve) atau pun lengkung boleh laras (flexible curve). Alat ini dibuat daripada bahan plastik lutsinar dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang berlainan saiz, mengikut keperluan penggunaannya.









    PENCONTOH (STENCIL)

    Untuk memudahkan kerja-kerja melukis terdapat beberapa alat tambahan yang boleh digunakan bagi membantu menyiapkan lukisan dengan cepat. Di antaranya ialah pencontoh bulatan yang boleh digunakan untuk melukis buatan atau lengkuk tanpa menggunakan alat jangka lukis (compass). Bulatan pada pencontoh disediakan dalam ukuran garis pusat, garis pusat yang berlainan dan boleh didapati dalam ukuran metrik.

    Selain daripada pencontoh bulatan terdapat juga pencontoh elips, segiempat dan bentuk - bentuk simbol lain mengikut bidang khusus kejuruteraan seperti kejuruteraan elektronik, elektrik, binaan arkitek dan lain-lain lagi.












    PEMBARIS (RULER)

    Pembaris adalah alat pengukur. Alat ini bukannya untuk digunakan sebagai panduan melukis garisan lurus tetapi ia diguna untuk mendapatkan ukuran. Terdapat dua jenis pembaris yang boleh diguna dalam kerja-kerja melukis, satu daripadanya ialah pembaris jenis pipih dan keduanya pembaris jenis segitiga. Pada bahagian tepi pembaris terdapat tanda-tanda ukuran dalam bentuk garis pendek dan panjang. Seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah ialah ukuran yang terdapat pada pembaris iaitu ukuran metrik. Setiap bahagian ukuran yang ditanda dengan angka adalah satu sentimeter. Dalam satu sentimeter pula dibahagikan kepada sepuluh bahagian kecil dan tiap-tiap bahgian kecil adalah satu milimeter.Panjang satu pembaris lazimnya terdapat ukuran sehingga 30 cm atau 300 cm.




    Pembaris segitiga boleh digunakan untuk persediaan lukisan teknik skala penuh, mengecil atau membesarkan saiz. Pada setiap bahagian ukuran mempunyai tanda-tanda yang berlainan mengikut kegunaannnya. Jika hendak menggunakan pembaris ini pastikan terlebih dahulu skala yang hendak diukur. Tanda penggunaannya terdapat pada bahgian penjuru kiri atas seperti 1: 1 , 1 : 2 atau 2: 1.





       

    Alatan Asas Lukisan

    SET LUKISAN

    Set alat lukisan biasanya mengandungi alat keperluan melukis seperti jangka lukis (compass), alat pembahagi (divider), alat mendakwat dan lain-lain lagi. Rajah di bawah menunjukkan satu contoh set lukisan.





    PENSIL

    Dalam lukisan teknik, jenis pensil perlu diambil kira untuk menentukan mutu lukisan. Oleh itu gunakan pensil dari jenis yang baik mengikut kelembutan matanya. Terdapat pelbagai jenis kelembutan mata pensil dibuat khusus untuk membentuk garisan-garisan tertentu. Bagi membentuk garisan ringan, lazimnya menggunakan pensil jenis mata keras yang dilabel dengan 4H, 5H, 6H, 7H, 8H, dan 9H. Manakala sederhana kelembutannya dilabel dengan 3H, 2H, H, F, HB dan kegunaannya untuk membentuk garisan am, objek, lakaran atau menghuruf. Akhir sekali pensil jenis lembut yang digunakan untuk kerja seni melukis dan juga lukisan senibina yang dilabel dengan B dan 2B.

    Selain daripada penggunaan pensil lukisan jenis kayu dalam lukisan teknik terdapat juga penggunaan pensil lukisan mekanikal. Pensil jenis ini mempunyai pemegang mata grafit yang tidak perlu atau ditajamkan. Dengan hanya menekan hujung pensil ia akan membenarkan mata mata grafit keluar dari bahagian matanya. Apabila mata grafit telah habis digunakan ia boleh diisi semula melalui bahagian belakangnya.



    GETAH PEMADAM
        
    Apabila menyediakan peralatan lukisan teknik, getah pemadam adalah salah satu alat lukisan yang perlu ada pada setiap pelajar. Terdapat pelbagai bentuk, saiz dan jenisnya. Bagi tujuan memadam garisan yang dibentuk dengan pensil. Untuk memadam garisan yang dibentuk dengan dakwat pula boleh menggunakan pemadam jenis untuk dakwat.

    Sungguhpun getah pemadam boleh didapati dengan mudah, tetapi kualitinya juga perlu diambilkira. Getah pemadam berkualiti tinggi dapat memadam garisan tanpa memberi sebarang kesan kepada permukaan kertas. Sebaliknya jika menggunakan getah pemadam berkualiti rendah akan meninggalkan kesan kasar dan kotor pada permukaan kertas lukisan.


    PERISAI PEMADAM

    Satu alat yang boleh membantu memadam garisan ialah perisai pemadam. Alat ini diperbuat daripada logam nipis atau plastik yang mempunyai banyak lubang. Lubang-lubang disediakan dalam barbagai- bagai bentuk, ada yang bulat, panjang melengkung, lengkok dan sebagainya. Perisai ini digunakan sebagai panduan memadam sesuatu garisan dalam lukisan tanpa menganggu atau terpadam garisan lain yang berhampiran.

    Cara menggunakan alat ini ialah letakkan perisai di atas permukaan kertas lukisan dengan garisan yang hendak dipadam dinampakkan melalui bentuk lubang yang sesuai pada perisai. Kemudian gosokkan getah pemadam pada lubang berkenaan dan ini dapat memadam garisan pada lubang tersebut sahaja tanpa terpadam garisan yang berhampiran.



    Wednesday, November 24, 2010

    Lukisan Teknik

    Lukisan teknik merupakan satu daripada kerja seni tangan. Ia memerlukan kertas lukisan tertentu untuk membuat sesuatu lukisan  mengikut keperluan dan kegunaannya supaya dapat memberikan hasil yang memuaskan. Pemilihan kertas lukisan perlu dibuat berdasarkan jenis lukisan, alat yang digunakan sama ada pensil, pen atau dicetak menggunakan alat elektronik, mutu kertas sama ada ia digunakan untuk latihan atau perdagangan.


    Kertas yang sering digunakan oleh pelukis pelan ialah kertas A20 graf. Kertas ini terbahagi kepada 3 iaitu:

    1.  Catridge Drawing Paper yang mempunyai berat 120 gram. Kertas ini diperlukan, jika hendak memulakan sesuatu kerja yang menggunakan pensil mekanikal sahaja. Permukaan kertas ini kasar dan kuat, oleh itu kertas ini tidak sesuai jika menggunakan Technical Pen. Jika anda melakukan kesalahan semasa anda menggunakan kertas ini, anda hendaklah memadamkannya dengan menggunakan pemadam pensil.

    2.  Tracing Paper yang mempunyai berat 120 gram. Kertas ini digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang menggunakan Technical Pen. Oleh kerana permukaan kertas ini licin dan halus, setiap kesalahan yang dilakukan hendaklah menggunakan pemadam khas atau  ‘razor blade’

    3.   Plotting Paper mempunyai berat 110 gram. Kerja-kerja yang perlu dilakukan hendaklah menggunakan Plotter Pen. Keadaan permukaan kertas ini adalah licin. 

    Monday, November 8, 2010