Friday, November 26, 2010

Alat Tambahan Melukis

LENGKUNG PERANCIS DAN LENGKUNG BOLEH LARAS (FRENCH CURVE AND FLEXIBLE CURVE)

Alat jangka lukis (compass) boleh digunakan untuk melukis lengkok, separuh bulatan dan bulatan penuh. Lengkok yang tidak bulat seperti lengkuk elips dan pilin boleh dibentuk dengan menggunakan alat lengkung Perancis (French curve) atau pun lengkung boleh laras (flexible curve). Alat ini dibuat daripada bahan plastik lutsinar dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang berlainan saiz, mengikut keperluan penggunaannya.









PENCONTOH (STENCIL)

Untuk memudahkan kerja-kerja melukis terdapat beberapa alat tambahan yang boleh digunakan bagi membantu menyiapkan lukisan dengan cepat. Di antaranya ialah pencontoh bulatan yang boleh digunakan untuk melukis buatan atau lengkuk tanpa menggunakan alat jangka lukis (compass). Bulatan pada pencontoh disediakan dalam ukuran garis pusat, garis pusat yang berlainan dan boleh didapati dalam ukuran metrik.

Selain daripada pencontoh bulatan terdapat juga pencontoh elips, segiempat dan bentuk - bentuk simbol lain mengikut bidang khusus kejuruteraan seperti kejuruteraan elektronik, elektrik, binaan arkitek dan lain-lain lagi.












PEMBARIS (RULER)

Pembaris adalah alat pengukur. Alat ini bukannya untuk digunakan sebagai panduan melukis garisan lurus tetapi ia diguna untuk mendapatkan ukuran. Terdapat dua jenis pembaris yang boleh diguna dalam kerja-kerja melukis, satu daripadanya ialah pembaris jenis pipih dan keduanya pembaris jenis segitiga. Pada bahagian tepi pembaris terdapat tanda-tanda ukuran dalam bentuk garis pendek dan panjang. Seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah ialah ukuran yang terdapat pada pembaris iaitu ukuran metrik. Setiap bahagian ukuran yang ditanda dengan angka adalah satu sentimeter. Dalam satu sentimeter pula dibahagikan kepada sepuluh bahagian kecil dan tiap-tiap bahgian kecil adalah satu milimeter.Panjang satu pembaris lazimnya terdapat ukuran sehingga 30 cm atau 300 cm.




Pembaris segitiga boleh digunakan untuk persediaan lukisan teknik skala penuh, mengecil atau membesarkan saiz. Pada setiap bahagian ukuran mempunyai tanda-tanda yang berlainan mengikut kegunaannnya. Jika hendak menggunakan pembaris ini pastikan terlebih dahulu skala yang hendak diukur. Tanda penggunaannya terdapat pada bahgian penjuru kiri atas seperti 1: 1 , 1 : 2 atau 2: 1.





   

No comments:

Post a Comment