Friday, November 26, 2010

Alatan Asas Lukisan

SET LUKISAN

Set alat lukisan biasanya mengandungi alat keperluan melukis seperti jangka lukis (compass), alat pembahagi (divider), alat mendakwat dan lain-lain lagi. Rajah di bawah menunjukkan satu contoh set lukisan.





PENSIL

Dalam lukisan teknik, jenis pensil perlu diambil kira untuk menentukan mutu lukisan. Oleh itu gunakan pensil dari jenis yang baik mengikut kelembutan matanya. Terdapat pelbagai jenis kelembutan mata pensil dibuat khusus untuk membentuk garisan-garisan tertentu. Bagi membentuk garisan ringan, lazimnya menggunakan pensil jenis mata keras yang dilabel dengan 4H, 5H, 6H, 7H, 8H, dan 9H. Manakala sederhana kelembutannya dilabel dengan 3H, 2H, H, F, HB dan kegunaannya untuk membentuk garisan am, objek, lakaran atau menghuruf. Akhir sekali pensil jenis lembut yang digunakan untuk kerja seni melukis dan juga lukisan senibina yang dilabel dengan B dan 2B.

Selain daripada penggunaan pensil lukisan jenis kayu dalam lukisan teknik terdapat juga penggunaan pensil lukisan mekanikal. Pensil jenis ini mempunyai pemegang mata grafit yang tidak perlu atau ditajamkan. Dengan hanya menekan hujung pensil ia akan membenarkan mata mata grafit keluar dari bahagian matanya. Apabila mata grafit telah habis digunakan ia boleh diisi semula melalui bahagian belakangnya.



GETAH PEMADAM
    
Apabila menyediakan peralatan lukisan teknik, getah pemadam adalah salah satu alat lukisan yang perlu ada pada setiap pelajar. Terdapat pelbagai bentuk, saiz dan jenisnya. Bagi tujuan memadam garisan yang dibentuk dengan pensil. Untuk memadam garisan yang dibentuk dengan dakwat pula boleh menggunakan pemadam jenis untuk dakwat.

Sungguhpun getah pemadam boleh didapati dengan mudah, tetapi kualitinya juga perlu diambilkira. Getah pemadam berkualiti tinggi dapat memadam garisan tanpa memberi sebarang kesan kepada permukaan kertas. Sebaliknya jika menggunakan getah pemadam berkualiti rendah akan meninggalkan kesan kasar dan kotor pada permukaan kertas lukisan.


PERISAI PEMADAM

Satu alat yang boleh membantu memadam garisan ialah perisai pemadam. Alat ini diperbuat daripada logam nipis atau plastik yang mempunyai banyak lubang. Lubang-lubang disediakan dalam barbagai- bagai bentuk, ada yang bulat, panjang melengkung, lengkok dan sebagainya. Perisai ini digunakan sebagai panduan memadam sesuatu garisan dalam lukisan tanpa menganggu atau terpadam garisan lain yang berhampiran.

Cara menggunakan alat ini ialah letakkan perisai di atas permukaan kertas lukisan dengan garisan yang hendak dipadam dinampakkan melalui bentuk lubang yang sesuai pada perisai. Kemudian gosokkan getah pemadam pada lubang berkenaan dan ini dapat memadam garisan pada lubang tersebut sahaja tanpa terpadam garisan yang berhampiran.



No comments:

Post a Comment